Program Jelajah Kebun Dapur Kota Marudu
Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung sempena Program Jelajah Kebun Dapur Kota Marudu yang diadakan pada 4 Ogos 2026 (Selasa).
Penyampaian Bantuan Kebajikan
Majlis penyampaian Bantuan Kebajikan kepada Peserta Bimbingan Ko-Nelayan yang ditimpa bencana alam telah disempurnakan oleh YB. Datuk Jamawi Jaafar, Menteri Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), sebagai tanda keprihatinan Ko-Nelayan terhadap kebajikan peserta yang terjejas.
Tahniah kepada para penerima bantuan:
✅ Baharin bin Awang Jari
✅ Rejan bin Muhain
✅ Amat bin Ambang
✅ Rosdah binti Abdul Hamid
✅ Jitah binti Sukop
Semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban serta menjadi suntikan semangat kepada para penerima untuk terus tabah menghadapi cabaran dan meneruskan kehidupan dengan lebih yakin.
Demonstrasi Pemprosesan Produk Hiliran
Program ini turut menampilkan demonstrasi pemprosesan produk hiliran yang berasaskan perikanan iaitu:
🧀 Bebola Lekor Berinti Keju & Sambal
🍜 Mi Ikan Bersayur
TEKA & MENANG
Suasana program turut dimeriahkan dengan pertandingan Teka & Menang yang mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung melalui dua kategori:
🎯 Teka Berat Rambat
🎯 Teka Bilangan Keropok
Terima kasih kepada semua pengunjung dan pihak yang telah menjayakan program ini. Tahniah kepada semua pemenang dan penerima bantuan. Semoga program seperti ini terus memberi manfaat kepada komuniti setempat.
#ukkkonelayan
#konelayansabah
#kebundapur
#teammaffi
#berbudipadatanah
#Onsoi